Pekan Baharu Pitas Siap Sepenuhnya Hujung 2027

hajiji-pecah-tanah-pitas.jpg

Ketua Menteri melakukan upacara pelancaran rasmi pecah tanah Pekan Baharu Pitas.

Kongsi Bersama

PITAS: Pitas bakal memiliki sebuah pekan baharu yang lebih gah sebaik sahaja projek komersial bernilai RM28.7 juta siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun 2027.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Datuk Masiung Banah berkata, sebanyak 68 unit kedai teres dua tingkat termasuk 14 lot kedai industri akan dibina.

Katanya, projek itu adalah usahasama antara LPPB dan sebuah syarikat tempatan didirikan di atas tapak seluas 11.42 ekar.

Katanya, bangunan kedai bertingkat berkonsepkan struktur mallenium itu akan menempatkan ruang pusat beli belah seperti supermaket, bank dan pejabat yang menjadi mercu tanda daerah Pitas.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah melakukan upacara pecah tanah pada Khamis lepas bagi menandakan rasminya pelaksanaan pekan baharu itu.

Masiung berkata, kerja-kerja penimbusan tanah kini telah pun mula dijalankan bagi fasa pertama.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas Datuk Dr Rudy Awah berkata, semua lot kedai yang bakal dibina telah pun habis ditempah oleh pembeli warga tempatan.

Menurut Rudy, Pejabat Daerah Pitas dan Pejabat ADUN yang membuka promosi bangunan komersial itu menerima tempahan luar biasa.

Katanya, satu jawatankuasa panel di peringkat daerah akan dibentuk bersama pemaju untuk menyusun atur lot-lot permis yang telah ditempah oleh pembeli.

Turut mengiringi Ketua Menteri pada majlis pecah itu ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong serta tetamu kehormat yang lain. – Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top