Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Kini Dinamakan Semula Sebagai Kementerian Tugas-Tugas Khas

hajiji-3.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, hari ini, mengumumkan bahawa mesyuarat Kabinet negeri telah bersetuju untuk menamakan semula Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas sebagai Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan berkuatkuasa serta merta.

Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet negeri yang diadakan pada 5 Oktober lalu.

“Keputusan ini adalah bagi mengiktiraf peranan kementerian selama ini dalam menyelaraskan hal ehwal pendidikan dan hal ehwal Islam di negeri ini.

“Semoga dengan ini dan bersempena pada hari yang mulia ini, Kementerian Tugas- Tugas Khas dan Penyelarasan akan terus bekerja keras untuk memajukan hal ehwal berkaitan pendidikan dan Islam di negeri ini,” katanya sempena Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1444H/2022M di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini pada Ahad.

Majlis sambutan itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Sumber: Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top