Pejabat Konsul Filipina Wajar Dibuka Di KK, Sandakan – Vivian

Vivian-1.jpg

Vivian Wong

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebuah pejabat konsul Filipina yang tetap di Kota Kinabalu dan Sandakan perlu dibuka oleh pihak konsul negara itu bagi manfaat serta rujukan beribu-ribu pendatang atau migran negara berkenaan yang kini menetap di Sabah.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee juga menggesa kepada Menteri Luar Negeri untuk menuntut rakan sejawatan dari Filipina bagi melakukan hal ini secepat mungkin kerana pejabat konsulat tetap di Sabah ini sudah lama tertangguh atau ditunggu.

Jelasnya, penubuhan pejabat konsulat tetap di Sabah dilihat akan memberi manfaat kepada kedua-dua bagi negara Malaysia dan warganegara Filipina.

Beliau menyatakan perkara itu pada Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 Kementerian Luar Negeri (Peringkat Jawatankuasa) di Dewan Rakyat semalam.

Vivian memandang isu pendatang asing di Sabah sebagai “Mother of all Issues” atau punca segala masalah di Sabah memandangkan isu pendatang asing ini telah memberi kesan kepada Sabah selama tempoh lebih 30 tahun yang melibatkan soal keselamatan, sosial dan ekonomi kepada rakyat negeri ini.

Namun, masih tiada hala tuju atau pendekatan yang jelas di ambil sehingga kini untuk mengatasi isu ini secara serius.” Jelasnya.

Justeru, salah satu langkah penting untuk membantu mengurangkan masalah yang ditimbulkan oleh isu pendatang asing di Sabah ini ialah dengan penubuhan pejabat konsulat tetap di Sandakan dan Kota Kinabalu bagi memudahkan sebarang urusan erbanding hanya di Kuala Lumpur ketika ini.

Dalam perkara lain, beliau juga menyeru kepada Menteri dan kementerian itu untuk lebih proaktif dalam melaksanakan sesi libat urus dengan semua pesuruhjaya tinggi dan kedutaan asing untuk menyemak nasihat perjalanan semasa yang dikeluarkan untuk perjalanan warganya ke pantai timur Sabah.

Dalam perkembangan sama, beliau memuji Jabatan Negara Amerika Syarikat atas semakan mereka terhadap nasihat perjalanan ke Timur Sabah, di mana ia telah diturunkan taraf kepada Tahap 2: iaitu Exercise Increased Caution.

Walaubagaimanapun, masih banyak negara lain di Asia Pasifik dan Eropah, seperti UK, Kanada, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan masih mengenakan nasihat Tahap 3 atau lebih tinggi yang menyatakan: elakkan perjalanan yang tidak penting (AVOID NON ESSENTIAL TRAVEL).

Saya tidak percaya bahawa ini adalah gambaran yang tepat tentang keadaan semasa yang dinyatakan tentang negeri ini.” Ujar Vivian.

Nasihat sedemikian juga telah menjejaskan usaha kita dalam menarik lebih banyak pelaburan serta pelancong asing ke Sabah.” Tambahnya.

Justeru, beliau amat menggesa Menteri untuk melibatkan diri dan menunjukkan kepada kedutaan-kedutaan ini bahawa kawasan Timur Sabah tidak menggalakkan nasihat perjalanan yang sedemikian yang tidak relevan lagi pada masa ini.

Pada sesi perbahasan sama, Vivian juga memohon kepada Menteri untuk menjelaskan mengenai peningkatan lebih 400 peratus bagi perkhidmatan dan bekalannya dimana sejumlah RM43.4 juta telah dianggarkan untuk tahun 2023 dan Ini merupakan peningkatan lebih 400% dari tahun lalu.- Jesselton Times

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top