Pejabat Kerajaan Sabah Akan Beroperasi Separuh Kapasiti

safar-untong.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pejabat kerajaan negeri Sabah akan beroperasi pada separuh daripada kapasiti berkuat kuasa serta-merta, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong.

Dalam memo bertarikh 14 Feb, beliau berkata ini selaras dengan laporan trend kes harian Covid-19 di Sabah.

Di bawah pengaturan baharu itu, Safar berkata 50 peratus daripada penjawat awam akan bekerja di pejabat manakala 50 peratus lagi akan bekerja dari rumah.

Tambahnya, penggiliran akan dilaksanakan bagi mereka yang bekerja dalam perkhidmatan penting bagi memastikan tiada gangguan.

Safar berkata semua ketua jabatan dikehendaki mengeluarkan ‘Surat Arahan Bertugas’ kepada penjawat awam yang dikehendaki bekerja di pejabat atau bertugas di lapangan.

“Salinan surat itu hendaklah dimajukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam negeri,” katanya dalam memo yang ditujukan kepada semua setiausaha tetap kementerian negeri, ketua jabatan, pegawai daerah dan penolong pegawai daerah kecil, ketua badan berkanun dan ketua pihak berkuasa tempatan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top