Pejabat Kebajikan kesan ibu kandung, waris bayi perempuan

Bayi.jpg

Ayra Sofia yang ditemukan dalam kotak di sebuah masjid. (Foto: ihsan Pejabat Kebajikan Kota Kinabalu)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pejabat Kebajikan Kota Kinabalu meminta orang ramai yang mengenali ibu kandung atau waris bayi perempuan yang ditinggalkan di sebuah masjid di sini supaya menghubungi pejabat berkenaan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung atau waris bayi berkenaan diminta tampil menghubungi pihak pelindung Sitti Ruhayah Setang di talian 088-269821 atau emel [email protected].

Ia bagi membantu Pejabat Kebajikan Kota Kinabalu mengesan ibu kandung dan waris, seterusnya membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak terbabit.

Bayi yang bernama Ayra Sofia dilahirkan pada 31 Oktober 2023 ditemukan orang awam di Masjid Al Mawaddah Taman Seri Gaya Luyang di sini pada 5 November lepas.

Berdasarkan maklumat polis, bayi berkenaan lengkap berpakaian dan diletakkan dalam sebuah kotak beserta dengan nota.

Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top