Peguam Hina Unduk Ngadau Perlu Dikenakan ‘Sogit’ – Pairin

pairin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Peguam Marcel Jude Joseph perlu dihadapkan ke Mahkamah Anak Negeri dan dikenakan ‘sogit’ kerana didakwa telah mengabaikan serta melanggar adat istiadat masyarakat Kadazan Dusun dan Murut (KDM), kata Presiden Persatuan Budaya Kadazandusun (KDCA), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin yang juga Huguan Siou atau pemimpin tertinggi KDM berkata, Jude bukan saja secara langsung telah menyinggung perasaan KDCA tetapi juga telah menyinggung perasaan pelbagai pihak.

Katanya, ia susulan kenyataan Jude yang menghina pertandingan ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau dalam nota hujahnya ketika memohon pengurangan jumlah wang ikat jamin bekas pemimpin STAR yang menghadapi lima pertuduhan mencabul kehormatan di mahkamah.

”Pertamanya, laporan polis harus dibuat terhadap tindakannya itu bagi memastikan polis mencatatkan kenyataannya yang tidak boleh dimaafkan itu.

”Kedua, KDCA boleh mengambil tindakan terhadap Jude yang dilihat berniat jahat kerana memalukan persatuan ini selain memperlekehkan KDCA dengan cara yang tidak sepatutnya sehingga mencemarkan nama persatuan,” katanya dalam kenyataan.

Sogit adalah satu bentuk pampasan yang diperuntukan dalam Kaedah Mahkamah Anak Negeri (Undang-Undang Adat Anak Negeri Sabah) 1995 sekiranya berlaku pelanggaran adat.

 

Baca seterusnya di: FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top