Pegawai Polis Wanita Persenda Anggota Bawahan Dipanggil Untuk Siasatan

polis.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Pegawai polis yang didapati mempersenda anggota polis pangkat bawahan ketika menjalankan tugas dan melakukan ugutan terhadap orang awam sudah dipanggil untuk siasatan.

Terdahulu tular dua video menerusi media sosial memaparkan kejadian pertengkaran antara pegawai polis wanita itu dengan anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dirakam di sebuah kedai makan di Taman Sri Gombak, Batu Caves, 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pegawai wanita itu sudah dikenal pasti dan polis sudah membuka dua kertas siasatan terhadapnya.

“Pegawai wanita yang itu akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 186 kanun yang sama kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menggunakan perkataan yang kurang sopan, aib atau menghina.

“Pihak polis ingin menasihatkan masyarakat untuk tidak menularkan video berkenaan dan memberikan komen-komen yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam serta mengganggu proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussein berkata dalam kejadian itu, pegawai terbabit datang ke kedai makan dan memarahi pengadu yang juga orang awam kerana membuat bising di rumah jiran.

“Pegawai wanita itu telah memperkenalkan diri sebagai penjawat awam dengan nada suara yang tinggi dan mengatakan ingin menahan pengadu atas alasan pengadu telah membuat bising.

“Dia kemudian mengugut hendak memukul pengadu dan turut memarahi semua orang yang berada di tempat kejadian selain mempersenda anggota pangkat rendah polis dan tidak memberikan kerjasama untuk menunjukkan kad kuasa apabila diminta,” katanya. – BH

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top