Pegawai Pendakwa Polis Terima Rasuah Depan Mahkamah

tukul-mahkamah.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Pegawai Pendakwa Polis berpangkat inspektor dikenakan hukuman denda RM15,000 di Mahkamah Khas Rasuah hari ini setelah tertuduh mengaku bersalah menerima wang suapan.

Tertuduh, Zakariah Kirinu, 40, dijatuhi hukuman itu dihadapan Hakim, Abu Bakar Manat.

Pegawai pendakwa polis itu didakwa meminta wang suapan berjumlah RM3,000 daripada seorang lelaki yang meminta tertuduh membuka jaminan bagi kes senjata api serta menggugurkan kes pedang samurai terhadap bapa lelaki berkenaan.

Kejadian itu didakwa dilakukan pada 19 April 2016, kira-kira pukul 3 petang di dalam sebuah kenderaan Perodua Viva di tempat letak kereta di hadapan Mahkamah Tawau.

Ketika kejadian, tertuduh merupakan pegawai pendakwa bagi kes berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Di bawah Seksyen 24 (1), ertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Dalam kes berasingan, seorang pegawai perkhidmatan pendidikan mengaku tidak bersalah menerima rasuah berjumlah RM5,000 bagi tujuan memilih syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan di Sekolah Kebangsaan (SK) Balung dengan nilai kontak RM223,247.

Tertuduh, Abdul Samad Amara, 44, yang dahulunya bertugas sebagai Ketua Unit Infrastruktur dan Pembangunan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau didakwa menerima wang suapan itu daripada pemilik sebuah syarikat kontraktor pada 11 September 2020 di dalam kereta Perodua Myvi di kawasan Taman Univila.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top