Pegawai, anggota penguat kuasa ditahan terima sogokan RM4,000

sprm.jpg
Kongsi Bersama

LABUAN: Dua Pegawai dan anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan selepas disyaki menerima rasuah kira-kira RM4,000.

Menurut sumber, kedua-duanya mengambil wang rasuah itu sebagai sogokan untuk tidak mengambil tindakan terhadap suspek kesalahan narkotik.

Kedua-duanya ditahan di Pejabat SPRM Labuan ketika hadir memberi keterangan kira-kira jam 3 petang, Sabtu.

Suspek yang bertugas di cawangan narkotik itu dipercayai menerima wang sogokan berjumlah RM3,000 menerusi mesin wang deposit manakala selebihnya menerusi beberapa transaksi pindahan perbankan dalam talian.

Transaksi itu dipercayai dilakukan antara September 2022 sehingga Mac 2023.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Menurut beliau kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan kedua-dua suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Labuan hari ini (Ahad) bagi tujuan permohonan reman.

 

Berita asal: SINAR HARIAN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top