PDRM Sabah Sudah Sedia Hadapi PRU15

Idris-Persuruhjaya-Polis.jpg

IDRIS ketika berucap pada perhimpunan bulanan peringkat IPK Sabah. FOTO Ihsan PDRM

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menerusi pelbagai latihan dalam perkhidmatan yang diadakan daripada semasa ke semasa.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, latihan dijalankan di setiap daerah bagi memastikan anggota dan pegawai sentiasa siap siaga berdepan sebarang kemungkinan.

Kata beliau, pihaknya juga sudah melakukan beberapa pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan keperluan serta persediaan menghadapi PRU.

“Setakat ini, belum ada ketetapan tarikh PRU akan dijalankan namun polis sememangnya sudah bersedia.

Selain itu, kita juga menyedari terdapat penambahan pusat-pusat mengundi di Sabah dan sudah pasti ia juga memerlukan pertambahan keanggotaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan bulanan peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Idris berkata, pihaknya juga sudah melatih Sukarelawan Simpanan Polis (SSPDRM) bagi membantu ketika berlangsungnya PRU.

Katanya, pihaknya sudah mengenalpasti mereka yang bersedia untuk ditugaskan semasa PRU15.

“Kita mungkin akan memerlukan bantuan pasukan simpanan berdasarkan kepada pertambahan pusat-pusat mengundi di negeri ini.

“Jadi kita tidak berdepan sebarang masalah rumit, cuma apa yang diperlukan adalah lebih banyak kemudahan pengangkutan dan komunikasi.

“Ia kerana, ada banyak kawasan terpencil atau terpinggir yang tidak mempunyai jaringan kemudahan Internet atau komunikasi,” katanya. – Hmetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top