PCS yakin mampu kukuhkan GRS

Anifah-Aman.jpg

Kredit foto: BERNAMA

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) boleh memainkan peranan penting bagi mengukuhkan lagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata presidennya Tan Sri Anifah Aman.

Berucap kepada perwakilan semasa Persidangan Agung Keempat parti itu di Penampang semalam (Ahad), Anifah mengakui terdapat cabaran sebelum PCS menyertai GRS, namun parti tersebut komited terhadap kestabilan politik di wilayah ini dan hak rakyatnya.

persidangan agung empat tahunan PCS di Penampang pada Ahad (23 Jun), presiden parti itu mengakui terdapat cabaran sebelum ia menyertai GRS tetapi menegaskan komitmen parti terhadap kestabilan politik Sabah dan hak rakyatnya.

“Walaupun terdapat laporan sinis dan kebimbangan luar terhadap kemasukan kami ke dalam GRS, tetapi apa yang kita tawarkan kepada GRS adalah politik kestabilan yang diterajui oleh parti-parti tempatan,” katanya.

Anifah menegaskan bahawa perpaduan dan kerjasama dalam kalangan parti komponen GRS akan meningkatkan kredibiliti gabungan itu dan mewujudkan suara yang lebih lantang untuk aspirasi dan hak Sabah.

“PCS komited untuk berkhidmat kepada rakyat dan memperjuangkan hak Sabah, khususnya pelaksanaan penuh Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” tambahnya.

Anifah juga menekankan pentingnya kemajuan ekonomi, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur, dengan menegaskan bahawa ini hanya boleh dicapai jika hak Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan dipenuhi.

Beliau mengulangi keperluan untuk Sabah menerima 40% daripada hasil persekutuan yang dipungut di negeri ini, yang akan meningkatkan projek pembangunan tempatan dengan ketara.

Bekas menteri luar kabinet persekutuan itu juga menyebut mengenai rancangan untuk membawa universiti luar ke Sabah, menyediakan peluang pendidikan berkualiti untuk belia tempatan dan memastikan biasiswa untuk pelajar yang layak.

Beliau memuji program kerajaan untuk melatih dan menggaji belia miskin tegar, usaha serampang dua mata untuk membasmi kemiskinan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Ketika PCS bersiap sedia untuk pilihan raya negeri yang dijadualkan pada Oktober tahun depan, Anifah menyeru ahli parti memperkukuhkan jenteranya dan menyokong GRS.

“Kita mesti menjunjung prinsip ‘Sabah First’ untuk memastikan parti tempatan mentadbir Sabah demi kepentingan generasi akan datang.

“Perpaduan dan dedikasi kita hari ini akan menentukan kejayaan kita dan mengelakkan kekecewaan masa depan,” katanya.

Media bulan lepas melaporkan bahawa PCS yang ditubuhkan pada 2013, diterima secara rasmi ke dalam GRS dan menjadikannya parti komponen kelapan dalam gabungan itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top