PCS Bincang Isu Hak Rakyat Sabah Dengan Kerajaan Negeri

Anifah-PCS.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pimpinan tertinggi Parti Cinta Sabah (PCS) mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan hak rakyat Sabah.

Presiden PCS Datuk Seri Panglima Anifah Aman bersama Timbalan Presiden PCS Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing mengadakan kunjungan berkenaan di sini pada Rabu.

Semasa kunjungan hormat itu, PCS menegaskan pandangan parti terhadap pelbagai isu berkaitan dengan hak rakyat Sabah termasuklah pengumuman Sabah sebagai wilayah baru-baru ini.

Selain itu, kedua-dua pemimpin PCS itu juga menyampaikan hasrat serta cadangan Ahli Majlis Tertinggi PCS berkaitan dengan masa depan rakyat Sabah.

Pertemuan itu juga membawa hasil perbincangan yang positif dengan kedua-dua pihak menyatakan persetujuan untuk mempertimbangankan semua cadangan yang diusulkan serta dibincangkan.

Antara cadangan serta pandangan yang dibincangkan termasuklah cadangan kerjasama di antara pelbagai pihak dan penjelasan berkaitan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang lebih terperinci terutama keputusan terbaru kerajaan Persekutuan mengumumkan Sabah sebagai sebuah wilayah serta hala tuju Sabah secara menyeluruh.

Anifah turut mengucapkan penghargaan kepada Hajiji kerana memberi ruang kepada PCS untuk mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri dan kerajaan negeri. – Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top