PBT ambil tindakan segera isu lautan sampah di Jalan Pantai Lahad Datu

bersih-sampah.jpg

Pihak PBT melakukan kerja pembersihan sampah di kawasan pesisir laut sekitar Jalan Pantai, Lahad Datu. FOTO: Facebook Majlis Daerah Lahad Datu

Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Timbunan sampah plastik yang mencemari kawasan pesisir laut dekat Jalan Pantai di bandar Lahad Datu di sini yang tular di media sosial beberapa hari lalu telah dibersihkan hasil tindakan segera pihak berkenaan.

Menurut BHarian, kerja pembersihan dilaksanakan syarikat pengurusan sampah di bawah Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) dengan dibantu sebuah jengkaut yang digunakan untuk mengaut timbunan sampah terbabit, petang kelmarin.

Tindakan itu dikongsikan di laman Facebook MDLD yang turut memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan pekerja pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sedang melaksanakan kerja pembersihan.

Turut turun padang memantau kerja pembersihan itu ialah Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul dan Jurutera MDLD, Andrew William Joes.

Menerusi ruangan komen dalam perkongsian yang sama, MDLD meminta kerjasama orang ramai, khususnya penduduk di sekitar bandar Lahad Datu supaya sama-sama menjaga kebersihan persekitaran bandar berkenaan.

“Kesedaran kepada masyarakat, jangan membuang sampah merata tempat, …pihak kerajaan hanya membantu untuk membersihkan dan berkhidmat untuk kesejahteraan bersama, …marilah sama-sama kita menjaga kebersihan daerah kita,” katanya.

Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Segama yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam, Datuk Mizma Apehdullah, menerusi komennya berkata PBT mengambil tindakan segera membersihkan kawasan itu walaupun konsesi pembersihan pesisir pantai sepatutnya bermula pertengahan bulan ini.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top