PBS Pejuang Awal MA63 Bukannya Warisan – Dr Joachim

dr-joachim-1.jpg

Dr Joachim

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) tampil memberi penjelasan bahawa partinya paling awal memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan bukannya Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata ketika itu (1985), bukan sahaja WARISAN belum wujud tetapi Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal masih dalam perkhidmatan awam negeri.

Katanya, semasa era pemerintahan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) (1963-1976), MA63 tidak dijadikan sebagai platform perjuangan parti.

“Begitu juga semasa era pemerintahan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) (1977-1985) yang tidak menjadikan MA63 sebagai platform perjuangannya.

“Semasa era pemerintahan PBS (1985 hingga kini), MA63/20 Perkara adalah platform perjuangan parti,” katanya dalam kenyataan media semalam,

Dr. Joachim berkata, pada tahun awal 1990an, beberapa pemimpin PBS ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana lantang memperjuangkan hak-hak Sabah seperti mana yang termaktub dalam MA63.

“Antaranya ialah Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili yang telah ditahan di bawah ISA selama 60 hari.

“Sejak penubuhan PBS pada tahun 1985, PBS sentiasa perjuangkan MA63 melalui kenyataan akhbar, ucapan-ucapan dasar pemimpin parti semasa acara utama parti seperti Kongres Parti, Ulang Tahun Parti, manifesto pilihan raya dan lain-lain,” katanya.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN)/UMNO yang bertapak di Sabah sejak 1991 juga tidak menjadikan MA63 sebagai platform perjuangan UMNO. – SNT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top