KOTA KINABALU: PBS hanya mempertahankan kedudukannya apabila ia memutuskan untuk menambah bilangan kerusi yang ditandingi daripada 15 kepada 22 kerusi, kata Setiausaha Agungnya Datuk Jahid Jahim.
“Kami tak tamak seperti yang didakwa ramai pihak, cuma mempertahankan kedudukan kami untuk mendapatkan kerusi yang berkenaan dan kemenangan untuk Perikatan Nasional,” katanya dalam kenyataan.
Meskipun PBS diserang dari pelbagai sudut, ia sudah bersedia untuk bersaing dengan parti-parti rakan dari awal lagi.
“Kami sudah menjangkakan pertandingan pelbagai penjuru dan kami sedia mempertahankan kedudukan kami.”
Jahid bagaimanapun memaklumkan masih ada masa untuk berbincang dan PBS akan menilai kedudukannya sebelum hari mengundi pada 26 Sept.