PBS Moyog Beri Bantuan Kepada Mangsa Banjir

PBS-Moyog.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Moyog, Penampang tampil memberikan bantuan kepada 100 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas berikutan banjir yang melanda pada 15 September.

Ketua Bahagian PBS Moyog, John Chryso Masabal berkata, bantuan yang disalurkan itu adalah merupakan inisiatif bersama AJK Bahagian yang telah mengadakan kutipan khas.

Bantuan yang diberikan adalah bakul makanan dan air mineral.

Kampung yang terjejas teruk akibat banjir ialah Kg. Inobong, Kg. Tindai Kolopis, Kg. Tuavon Maang dan Kg. Sugud.

John mengucapkan terima kasih di atas komitmen dari kalangan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) parti yang telah membantu penduduk kampung membuat kerja-kerja pembersihan selepas mangsa – mangsa banjir sudah memasuki rumah kediaman masing-masing.

John turut menghargai penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu petugas daripada Pertubuhan Perpaduan Penampang, Jabatan kerajaan yang turut serta dalam kerja-kerja pembersihan kawasan kediaman mangsa banjir dan pembersihan Pusat Internet Komuniti Kg. Inobong. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top