PBS Lumadan Terima 550 Ahli Baharu, Buka 25 Cawangan Baharu

haji-ruslan-1.jpg

Haji Ruslan sedang menerima borang keahlian.

Kongsi Bersama

BEAUFORT: Parti Sabah (PBS) sentiasa terbuka dan mengalu-alukan kemasukan keahlian baharu termasuk di kawasan Lumadan.

Ketua Bahagian PBS N34 Lumadan merangkap Naib Presiden PBS, Haji Ruslan Muharam berkata, PBS merupakan sebuah parti yang relevan yang berbilang kaum, agama dan kepercayaan yang mewakili segenap lapisan masyarakat.

“Oleh itu, sebagai Ketua Bahagian, saya bersama kepimpinan parti di kawasan Lumadan amatlah menyambut baik kemasukan ahli baharu ke dalam keluarga PBS di sini,” kata beliau.

Seramai 550 ahli baharu telah mendaftar dan menjadi ahli PBS.

Mereka adalah berasal daripada ahli Parti Warisan Sabah dan parti-parti lain, kata Ruslan dalam satu kenyataan media kelmarin.

Apa yang membanggakan ialah sebanyak 25 cawangan baharu juga telah dibuka, menjadikan jumlah cawangan PBS Lumadan sebanyak 111.

“Syabas dan tahniah kerana anda membuat keputusan yang bijak.

“Jelas bahawa masyarakat telah melihat hala tuju yang jelas dalam kepimpinan parti”, kata Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan dalam mengalu-alukan kemasukan mereka.

Beliau juga telah merasmikan empat mesyuarat agung tahunan (AGM) cawangan-cawangan berkelompok kali yang ke-36 dan 37 bagi empat zon iaitu Zon Bangkalalak, Zon Bukau, Zon Lingkungan dan Son Lubok.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah berjaya mengadakan AGM,” katanya.

 

Sumber: Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top