PBS Inanam Kekal Kuat Dan Relevan

PBS-Inanam.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) bahagian Inanam akan memastikan parti itu kekal utuh di Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam.

Penyelaras DUN Inanam Datuk William Majinbon berkata, semua ahli PBS perlu teruskan mendapatkan keahlian baharu dalam usaha memperkasakan agenda PBS.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua ahli PBS yang menyokong kita pada pilihan raya, walaupun tidak bernasib baik namun kita bersukur kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri kerana calon rasmi PBS masih dilantik sebagai penyelaras kawasan.

“Kini pilihan raya sudah berlalu, tiba masanya untuk kita bersama-sama berkhidmat kepada rakyat dan memberikan fokus serta tanggungjawab sebagai pemimpin,” katanya dalam satu Majlis Suai Kenal Bersama Pemimpin di sini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi PBS Pusat berkata, semua pemimpin peringkat akar umbi juga diingatkan untuk melindungi tanah-tanah adat di bawah pengawalan masing-masing.

Beliau berharap semua ahli PBS dapat bersatu untuk bersama-sama memastikan PBS kekal relevan selama-lamanya.

Dalam pada itu, Ketua PDM Tebobon Dulait Gusti turut mencadangkan William akan dicalonkan sebagai Ketua Bahagian PBS Inanam pada pemilihan akan datang.

Katanya, peringkat akar umbi akan memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Wiliam.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Bahagian PBS Inanam Raimin Sahat, Ketua Pemuda PBS merangkap Exco Pemuda Pusat Albert Jumitih, Naib 1 Pergerakan Wanita PBS Inanam Mindy Matusin serta kepimpinan PBS bahagian Inanam yang lain.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top