PBS Harap STAR Bagi Peluang Bertanding di Paginatan

Othman-Minuddin-PBS-mughsot.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap STAR akan memberi peluang kepada parti itu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan di Ranau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua PBS Paginatan Othman Minuddin (gambar) berkata, majlis tertinggi parti itu sudah membuat keputusan untuk memasukkan kawasan berkenaan dalam senarai kerusi akan ditandingi pada PRN nanti.

“Susulan keputusan dibuat pada 8 Ogos itu juga, PBS Paginatan mengadakan mesyuarat bagi membentuk jentera pilihan raya di kawasan itu.

“PBS mengambil maklum yang STAR juga berhasrat bertanding di Paginatan namun saya harap mereka akan memberi peluang kepada PBS kerana saya yakin dengan kerjasama erat STAR, ia akan memberi kelebihan kepada calon daripada PBS,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kenyataan itu dipercayai dibuat susulan kemasukan penyandang kerusi Paginatan, Abidin Madingkir ke STAR, baru-baru ini.

Abidin sebelum ini merupakan naib presiden UPKO namun bertindak keluar parti untuk menyokong Musa Aman sebagai ketua menteri hujung bulan lalu.

Bagaimanapun, usaha mereka mengambil alih kerajaan pimpinan Shafie Apdal gagal apabila beliau mengumumkan pembubaran DUN selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin.
Othman Minuddin

Othman berkata, STAR sebelum ini sudah 2 kali bertanding di Paginatan dan adalah rasional jika memberi laluan pula kepada PBS untuk bertanding di situ.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top