PBS Harap Aliakbar Guna Kedudukan Sangkal Salah Tanggapan Terhadap PAS

Maximus-Ongkili-bernama-170219-1-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili yakin Setiausaha PAS Sabah, Aliakbar Gulasan akan menggunakan kedudukannya sebagai ADUN lantikan untuk menyangkal salah faham terhadap parti itu di negeri ini.

Sambil memahami keprihatinan masyarakat terhadap pelantikan ahli PAS sebagai salah satu daripada enam ADUN lantikan, Ahli Parlimen Kota Marudu itu meminta rakyat meyakini keputusan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

“Saya menyeru rakyat Sabah untuk bersatu, bekerjasama dan memberikan semua sokongan mereka kepada Hajiji dan kabinet baharunya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

“Keinginan kami tidak lain adalah melihat Sabah berkembang lebih maju, makmur dan diperkukuh serta disatukan sepenuhnya di bawah pemerintahan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang baru.

“Kami juga berharap dapat bekerjasama dengan Adun PAS itu yang memiliki latar belakang akademik yang baik.”

Awal semalam, Adun Kapayan yang juga Ketua Wanita DAP Sabah, Jannie Lasimbang meminta PBS dan STAR menarik diri dari kerajaan negeri GRS setelah Aliakbar dinamakan sebagai salah satu daripada enam ADUN lantikan.

Lasimbang berkata, penyokong STAR dan PBS tidak akan dapat menerima seorang dari PAS dilantik ke dewan undangan negeri, sambil menambah bahawa presiden kedua-dua parti itu sebelumnya memberi jaminan bahawa perkara itu tidak akan berlaku.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top