PBS DUN Darau diaktifkan semula

PBS-Darau.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengaktifkan satu bahagiannya yang setelah sekian lama tidak aktif iaitu PBS Bahagian DUN N.17 Darau.

Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menyempurnakan pengaktifan bahagian itu pada Majlis Perasmian Penyelarasan Cawangan-cawangan PBS Bahagian N.17 Darau di kediaman Mohamad Yasser Mohamad Yassin, baru-baru ini.

Dalam ucapan Dr. Joachim berkata, beliau menyokong penuh pengaktifan PBS bahagian Darau.

“Kita kena bekerjasama dengan parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya kita dapat membantu menguatkan kerajaan sekarang ini…kita ada tugas untuk membantu kemenangan GRS.”

Beliau turut memperingatkan semua yang ingin menjadi ahli bahawa PBS ialah sebuah parti perjuangan dan bukan hanya mengikuti pilihan raya sahaja.

Mengenai majlis tersebut, Dr. Joachim berkata, ia adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim dan untuk berkenal-kenalan sesama mereka.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Yasser kerana menyediakan tempat serta keperluan untuk kejayaan majlis tersebut.

Beliau juga gembira melihat ramai yang ingin menyertai PBS seperti yang ditunjukkan pada majlis itu.

Hadir sama ialah Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Ketua-ketua Bahagian PBS, Ketua Pemuda PBS, Dr. Christoper Mandut bersama Exco Pemuda. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top