PBS Dakwa ‘Parti Kapal’ Cuba Tawar Duit Dan Jawatan Kepada YBnya

corrupt.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) mendakwa “parti kapal” berusaha memancing Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang baru dipilih sementara menunggu pembentukan kerajaan baharu.

Dalam kenyataannya di Facebook PBS berkata, parti itu dijadikan sasaran fitnah, susulan kemelut pelantikan calon ketua menteri Sabah.

Katanya, individu tertentu daripada “parti kapal” mula menghubungi pemimpin PBS, bertujuan untuk membeli kerusi.

“Mereka sanggup menawar duit dan jawatan untuk YB (Yang Berhormat) PBS,” katanya.

Menyatakan Warisan Plus perlu menyedari PBS bukan parti yang baru ditubuhkan semalam dan akan tetap berpegang pada prinsip, selain akan kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Kapal adalah logo bagi Warisan. FMT cuba mendapatkan pengesahan daripada PBS berhubung dakwaan itu.

Terdahulu, Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai menafikan dakwaan parti itu akan menyertai Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, PBS berjaya memperoleh kemenangan di 7 kerusi ditandingi mereka iaitu di Matunggong, Tandek, Tamparuli, Kiulu, Lumadan, Kundasang dan Telupid.

GRS terdiri daripada PN, BN dan PBS menang 38 daripada 73 kerusi dipertandingkan.

Warisan, PKR dan Upko pula memenangi 32 kerusi, manakala 3 dikuasai calon bebas. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top