PBS Belum Bincang Kerjasama Dengan Warisan Pada PRU15

Johnny-Mositun.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) masih belum membincangkan kemungkinan kerjasama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) walaupun parti itu sudah menyatakan kesediaannya untuk berbuat demikian.

Naib presidennya Datuk Johnny Mositun menegaskan bahawa adalah perkara biasa bagi mana-mana parti politik, termasuk dari blok pembangkang untuk menerima pakai “dasar pintu terbuka” mengenai kerjasama politik.

“Dalam politik, tiada musuh kekal, dan tiada kawan kekal..ia adalah satu percaturan yang serba mungkin.

“Mengenai kesanggupan Warisan untuk bekerjasama dengan PBS bagi menghadapi PRU15, setahu saya, tiada apa yang dibincangkan setakat ini…ia hanya cakap-cakap ahli politik di luar lingkungan PBS,” katanya di sini hari ini.

Pada Ahad lalu, Warisan sekali lagi berkata bersedia bekerjasama dengan PBS bagi menghadapi PRU15.

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipetik sebagai berkata bahawa PBS adalah parti tempatan yang pihaknya sedia bekerjasama, dan terpulang kepada PBS sama ada mereka mahu.

Shafie berkata PBS adalah antara segelintir pihak yang Warisan rasa boleh bekerjasama, kerana presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili adalah rakan lama.

 

Berita asal: Jesselton TImes

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top