PBS Akan Cadangkan Ketua Bahagian Sri Tanjung Bertanding Di Tawau

jahid.jpg

Jahid (tengah) pada mesyuarat agung tahunan bersama bahagian PBS.

Kongsi Bersama

TAWAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mencadangkan Ketua Bahagian Sri Tanjung Lo Su Fui bertanding di kerusi Parlimen Tawau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden PBS Datuk Jahid Jahim mengumumkan demikian ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan bahagian bersama parti itu di sini baru-baru ini.

Jahid yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan Lo layak bertanding berdasarkan prestasinya.

Lo ialah Pegawai Khas Ketua Menteri Sabah dan aktif dalam politik. Beliau juga bertanding di kerusi DUN Sri Tanjung pada pilihan raya umum lalu.

Ahli PBS dalam mesyuarat agung itu menyambut baik cadangan tersebut dan berharap sekutu daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dapat memberi peluang PBS bertanding di kerusi Parlimen Tawau yang disandang Datuk Christina Liew dari PKR.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top