PBRS Sedia Terima Bekas Pemimpin PCS

JOSEPH-KURUP.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) membuka pintu kepada bekas ahli majlis tertinggi (AMT) Parti Cinta Sabah (PCS) yang mengumumkan keluar parti kelmarin, lapor Utusan Online.

Presidennya, Tan Sri Joseph Kurup berkata, PBRS ingin mempelawa semua bekas pemimpin PCS menyertai PBRS untuk bersama-sama menyatupadukan rakyat khususnya masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM).

Beliau berkata, pada masa ini, hanya PBRS satu-satunya parti tempatan dalam komponen Barisan Nasional (BN).

“Kami yakin dan percaya BN akan terus maju ke hadapan menuju ke arah kemakmuran serta kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelas beliau, bekas pemimpin PCS itu boleh meneruskan perjuangan bersama PBRS bagi memajukan rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Kelmarin, beberapa pemimpin tertinggi PCS termasuk Naib-naib Presiden PCS, Datuk Ewon Ebin dan Amru Abdul Kadir serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi PCS, Datuk Kalakau Untol mengumumkan keluar daripada parti.

Ewon, yang juga bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan keputusan meninggalkan parti itu diambil berikutan aktiviti parti seolah-olah terhenti selepas kekalahan PCS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau yang mengetuai gerakan keluar parti itu berkata, mereka mendapat tekanan daripada ahli-ahli parti dan penyokong akar umbi yang ingin mengetahui hala tuju parti berkenaan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top