KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) meminta Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan pemberian lebih banyak kerusi untuk ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Presidennya, Tan Sri Joseph Kurup berkata, PBRS sudah mengenal pasti beberapa kawasan yang dilihat berpotensi untuk menang.
“Kami merayu agar pembahagian kerusi dilakukan secara adil dan kami akan bekerja keras demi memantapkan bahagian yang kami sudah kenal pasti berpeluang menang.
“Sentimen rakyat yang pro kepada BN menunjukkan semakin ramai penyokong menyertai BN melalui PBRS dan ia satu perkembangan yang baik,” katanya semasa berucap dalam Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan PBRS, pada Sabtu.
Hadir sama, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup; Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Dalam pada itu, Joseph meminta BN untuk muktamadkan pelantikan jawatan penyelaras kawasan Parlimen bagi memudahkan penyelarasan setiap kawasan parlimen yang disokong oleh PRBS.
“Di samping itu, desakan penyokong akar umbi juga mahu PBRS diberi peranan bersesuaian seiring dengn usaha PBRS memperkukuh kedudukan di Sabah selaku komponen BN.