PAU Paling Teruk Dalam Sejarah, Menteri Umno ‘Ditembak’ Seolah Tak Ada Jasa Langsung – Ismail Sabri

ismail-sabri-1.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 diklasifikasikan sebagai perhimpunan parti paling teruk dalam sejarah UMNO, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malah beliau menganggap matlamat PAU tidak mencapai sasaran untuk bekalan kepada akar umbi UMNO mendepani Pilihan Raya Umum ke-15.

”Kita fokus kepada pilihan raya, sebab PAU dah selesai… tembak-menembak Majlis Tertinggi (MT) paling kuat berlaku dalam sejarah.

“PAU paling teruk saya rasa baru ini lah, paling teruk. Sepatutnya ucapan penutup memberi bekal kepada semua perwakilan untuk bawa balik ke negeri, untuk (sampaikan) apa kita patut buat bagi menghadapi pilihan raya sepatutnya memandangkan seluruh bahagian duduk depan tv tengok.

“Nak dengar apa pesanan yang patut diberi supaya kita boleh perkukuhkan parti di peringkat akar umbi tapi apa yang berlaku dua hari, tembak je.

“DAP sekali pun tak kena tembak, PKR sekali pun tak kena tembak yang kena tembak teruk menteri lah,” bidas Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Keselamatan).

Beliau memberitahu susulan asakan keras PAU 2020 yang menuntut menteri UMNO melepaskan jawatan kerana parti memutuskan berpisah dengan Bersatu.

Selaku menteri kanan Ismail berkata, “sebab itulah saya akhirnya bawa rombangan menteri jumpa dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan.

“Kita fikir waktu itu tak ada jasa langsung menteri ini, dibantainya kita kata menteri pintu belakang, menteri cap ayam macam-macam.

“Dalam ucapan Puteri UMNO kata kita menteri cap ayam … kita pun menteri bantai macam-macam.

“Bila dah bantai semua Wanita UMNO menangis tapi tak melawan,” kata beliau.

Ismail Sabri menambah, PAU berakhir tanpa orang ramai menyedari usul penting yang disampaikan.

” Bila dah habis macam tu, dari segi PAU itu hari dua keputusan besar yang orang lupa.

” …Yang pertama ada lima usul, usul yang kedua mengatakan bahawa kita tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila Parlimen dibubarkan maknanya menteri tak payah berhenti sebab usul kata menyokong sehingga PRU-15.

” Usul itu tidak dipinda kalau lah ada pindaan dia perlu bentangkan semula kepada perwakilan dan mesti disokong untuk pindaan tak ada dibuat cuma bersorak suruh berdiri, suruh duduk, suruh meniarap.

” Setiap kali PAU kerja kita duduk, bangun dari dulu tapi yang penting apa usul yang diterima itu akan jadi dasar parti.

” Saya pun nak berhenti (jadi menteri) tapi kita dah tetapkan tarikh bulan Ogos. Jadi mungkin bagi Perdana Menteri pilih siapa dia nak pilih,” ujar beliau. – SuaraTV

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top