PAU Lulus Usul Keahlian Gugur Jika Sertai Pakatan Politik Tanpa UMNO

PAU-2022.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Bagaimanakah kedudukan lima ADUN Umno/BN yang menyertai kerajaan negeri Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor?

Perkara itu tentunya menarik perhatian umum berikutan keputusan Persidangan Agung Umno (PAU) Khas 2022 hari ini meluluskan usul pindaan perlembagaan parti di mana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyertai pakatan lain yang UMNO tiada dalam pakatan itu, akan tergugur keahliannya secara automatik.

Usul dibawah fasal 20.11 perlembagaan UMNO itu diluluskan sebulat suara oleh perwakilan.

Pindaan itu dilakukan selari dengan undang-undang bertukar parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang mula berkuatkuasa sejak Oktober lalu.

Usul pindaan lain yang diluluskan PAU khas juga, berkaitan fasal 8.4 perlembagaan UMNO, iaitu penyertaan secara automatik Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan Ketua Penerangan sayap-sayap UMNO sebagai perwakilan tetap PAU.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin ketika membentangkan usul pindaan itu menjelaskan, ia dilaksanakan selepas diputuskan parti serta bagi membolehkan perlembagaan UMNO bersifat terkini.

“Pindaan ini dilakukan kerana kita mahu laksanakan apa yang sudah diputuskan parti dan kita mahu memastikan peruntukan dalam perlembagaan parti bersifat terkini dan selari dengan peruntukan undang-undang semasa negara,” katanya ketika membentangkan usul berkenaan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top