Pasukan Majlis Daerah Putatan Juarai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Sabah 2021

takraw-tawau.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: 32 pasukan termasuk sepasukan regu dari Kuala Lumpur telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Sabah 2021, yang dianjurkan oleh Kelab Sepak Takraw Otai Tawau Kalabakan, bertempat di Dewan Masyarakat Tawau, di sini.

Kejohanan itu yang bermula pada 25 Disember dan berakhir semalam adalah bagi merebut Piala Pembantu Menteri Kewangan Sabah, dengan kerjasama Pembantu Menteri Belia  dan Sukan Sabah.

Turut mengambil bahagian bagi memeriahkan kejohanan adalah dua pasukan regu wanita pilihan dari Sabah dan Sarawak, yang telah  mengadakan perlawanan khas.

Perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Sabah, yang juga merupakan ADUN N.68 Apas, sementara perasmian penutup disempurnakan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Suryady, yang juga ADUN N.71 Tanjung Batu.

Pasukan regu Majlis Daerah Putatan (MDPTN) telah muncul johan setelah menewaskan pasukan regu Warisan. Johan dan naib johan masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumpah RM3,000.00 dan RM1,500.00, berserta piala, trofi dan sijil. Sementara tempat ketiga dikongsi oleh pasukan regu JJCM (A) dan pasukan regu JJCM (B). Kedua-dua pasukan membawa pulang hadiah wang tunai RM700.00, berserta  trofi dan sijil.

Sementara regu dari Sabah memenangi perlawanan khas bagi regu (Wanita) pilihan Sabah dan Sarawak. Kedua-dua pasukan menerima trofi dan sijil penyertaan.

Andi dalam ucapan perasmian penutupnya berkata, pihaknya di Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) amat mengalu-alukan dan bersedia menyokong penganjuran sukan di berbagai peringkat untuk meningkatkan pembangunan prestasi sukan negeri.

Katanya, melalui penganjuran program sukan juga seperti kejohanan sepak takraw ini juga secara langsung akan dapat merancakkan  aktiviti ekonomi setempat menerusi kehadiran peminat dan pelawat dari luar yang sama-sama hadir memeriahkan kejohanan.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top