Pasukan Keselamatan, Petugas Kesihatan Penting Dalam Pelaksanaan Hala Tuju SMJ

CM-kuih.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri dapat melaksanakan pelan pembangunannya dengan lancar khususnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) berikutan komitmen daripada pasukan keselamatan dalam menjaga keamanan dan petugas kesihatan dalam memerangi Covid- 19.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, pasti pasukan keselamatan dan petugas kesihatan telah memainkan peranan penting untuk membantu negara merealisasikan visinya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang progresif dan Sabah sebuah negeri yang makmur.

“Keamanan yang kita nikmati ketika ini membolehkan negara terus maju ke hadapan.

Hajiji menyampaikan sumbangan kuih muih Hari Raya Aidilfitri kepada Jauteh.

“Dalam konteks pembukaan semula sempadan negara pada 1 April lalu, keamanan Malaysia adalah penting untuk membantu mendapatkan keyakinan pelabur serta menarik pelancong asing datang ke negara kita,” katanya pada majlis penyampaian kuih muih Hari Raya Aidilfitri kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Dewan Bankuasi di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Hajiji berkata, Kerajaan dan rakyat terhutang budi atas sumbangan dan pengorbanan mereka.

Acara ini diadakan setiap tahun sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada semua anggota pasukan keselamatan.

“Juga tidak dilupakan petugas kesihatan, doktor, jururawat dan paramedik yang telah bekerja tanpa jemu terutama ketika pandemik Covid-19.

Hajiji menyampaikan sumbangan kuih muih Hari Raya Aidilfitri kepada Mohd. Halim

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa serta pengorbanan semua anggota dalam pasukan keselamatan serta petugas kesihatan,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Sarul Bahiyah Haji Abu; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Sulai; Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Rose Nani Mudin; ketua dan pegawai kanan pasukan keselamatan termasuk Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun; Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Halim Khalid; Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Datuk Mohd. Rosli Abdullah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top