Pasukan Guru Sabah Juara Pertandingan Inovasi Amerika Syarikat

guru-KV-Keningau.jpg

Pasukan guru KV Keningau yang menjuarai GoAbroad Innovation Awards.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sepasukan guru dari Kolej Vokasional Keningau (KV Keningau) telah menjuarai GoAbroad Innovation Awards kategori Innovative TEFL/Teach Abroad untuk tahun 2022 setelah melayakkan diri ke peringkat akhir.

Keputusan pertandingan yang berpusat di Colorado, Amerika Syarikat itu diumumkan secara bersemuka di majlis penyampaian anugerah pada 2 Jun 2022 dan disusuli dengan pengumuman di laman sesawang penganjur pada 3 Jun 2022.

Pasukan KV Keningau terdiri daripada empat orang guru iaitu Larry James, Alvinah Tony, Akmal Rosimun dan Sirhajwan Idek. Senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan boleh diakses melalui laman sesawang: https://blog.goabroad.com/2022-goabroad-innovation-award-winners-announced/

 

Pasukan KV Keningau tampil dengan projek pendidikan mereka yang dinamakan “Omiyage” (bererti ‘hadiah’ dalam bahasa Jepun). Ia adalah berasaskan tradisi dan amalan negara Jepun yang mereka terokai untuk mempelbagaikan strategi pembelajaran.

Projek itu bertujuan membimbing para pelajar serta guru untuk mempelajari dan mengaplikasikan beberapa amalan tradisi dan moden negara tersebut seperti haiku, pechakucha, manga, Keitai Shousetsu dan Daruma Otoshi. Malah ramai pelajar pelajar-pelajar di KV Keningau yang telah menghasilkan hasil karya seni mereka seperti haiku (puisi) dan manga (komik). Beberapa pelajar juga telah mencuba stail pembentangan pechakucha apabila menyertai simposium dalam talian.

Pengarah kolej itu Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada pasukan guru yang melakarkan kejayaan tersebut. Beliau yakin usaha mereka iyu mampu meningkatkan kemahiran sosiobudaya para pelajar dan mengukuhkan kualiti pendidikan kolej tersebut melalui program pengantarabangsaan sebegini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top