Pasukan Bomba Komuniti Atas Air pertama ditubuh di Sabah

demo.jpg

PBK atas air Tanjung Aru menjalankan pertunjukan demonstrasi semasa Majlis Pentauliahan PBK peringkat Zon Kota Kinabalu di Kampung Tanjung Aru di sini. (Foto: FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menubuhkan Pasukan Bomba Komuniti Atas Air pertama di negeri ini di Kampung Tanjung Aru di sini.

Pengarahnya, Abdul Razak Muda berkata, penubuhan pasukan bomba komuniti itu mengambil kira risiko berlaku kebakaran di kawasan perkampungan atas air di Sabah adalah sangat tinggi.

Menurutnya, pihaknya merancang untuk menubuhkan tiga lagi Pasukan Bomba Komuniti Atas Air di Kota Kinabalu dan Tawau.

“Di Tawau kita menyasarkan Kampung Titingan atau Kampung Hidayat iaitu dua lokasi yang berlaku kebakaran paling besar pada tahun lalu melibatkan 700 rumah.

“Ia akan disusuli dengan dua lagi penubuhan iaitu di Kampung Bukhara, Sandakan dan Kampung Landung Ayang di Kudat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pentauliahan Pasukan Bomba Komuniti Peringkat Zon Kota Kinabalu di Kampung Tanjung Aru, di sini pada Khamis.

Tambah Abdul Razak lagi, tujuan penubuhan pasukan bomba komuniti ini adalah supaya penduduk boleh bertindak lebih awal sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian jika berlakunya kebakaran.

Abdul Razak turut menyasarkan sekurang-kurangnya terdapat 160 ahli pasukan bomba komuniti menerusi penubuhan di empat lokasi itu nanti.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top