Pastikan Kemenangan, Jentera Parti Perlu Berjuang Habis-habisan – Bung Moktar

Umno-sabah.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Jentera parti Umno/Barisan Nasional perlu berjuang habis-habisan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang disifatkan sebagai pilihan raya antara ” hidup dan mati” untuk menentukan sama ada Umno/BN dapat mengemudi negara semula ataupun sebaliknya.

Ketika membuat gesaan itu Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berharap jentera parti Umno/BN di semua peringkat perlu melihat PRU15 kali ini sebagai sesuatu yang serius dan berjuang semaksimum mungkin bagi memastikan kemenangan semua calon-calon BN/GRS di kawasan masing-masing,

“Pilihan raya kali ini adalah penentu kepada ‘hidup dan mati kita’. Sewaktu kita kalah pada PRU14 tidak ada dalam kalangan kita yang memikirkan bahawasanya UMNO/BN boleh bangkit semula.

“Di Sabah ketika Pilihanraya Kecil (PRK) Kimanis tahun 2019, semasa Umno/BN berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran, tidak siapa menduga kita mampu berhadapan dengan parti Warisan yang ketika itu menjadi parti pemerintah di Sabah, namun dengan semangat juang yang tinggi dan dengan izin Allah SWT yang melorongkan satu peluang kita berjaya membuktikan Umno/BN belum terkubur di negeri ini,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan sayap-sayap parti Wanita,Pemuda dan Puteri di Pejabat Perhubungan Umno Sabah kemarin.

Semangat juang itulah, kata beliau, perlu terus dibawa dan diperhebatkan semasa menghadapi PRU15 ini.

Dalam pada itu Bung berkata, sayap-sayap parti Wanita,Pemuda dan Puteri tahu peranan mereka justeru tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan sepenuhnya di kawasan masing-masing agar peluang keemasan ini tidak terlepas kepada pihak pembangkang.

” Wanita dengan Jalinan Rakyatnya (JR) Pemuda bersama gerak gempur dan mendekati pengundi muda begitu juga puteri dengan infromasi maklumat (IT) khususnya memainkan peranan mengawal media sosial, jika komponen ini dapat digerakkan sepenuhnya sudah tentu usaha mendekati pengundi lebih berkesan,” ujarnya.

Ketua Umno Sabah itu juga menegaskan bahawa perkara yang perlu ditekankan semasa kempen Umno/BN adalah politik khidmat yang tidak pernah meninggalkan rakyat bukannya seperti politik pembangkang yang mengamalkan fitnah, menghasut rakyat dan menabur janji-janji manis.

Menurut Bung lagi, pada PRU15 ini jalinan kerjasama antara BN/GRS sudah pun dipersetujui dan perjanjian secara bertulis akan dimetraikan dalam tempoh terdekat justeru itu semua pihak sama ada dari BN atau GRS perlu menghormati perjanjian dan kerjasama tersebut tanpa sebarang unsur sabotaj.

“Saya memahami perasaan ahli-ahli Umno, ada sebahagian kawasan terpaksa kita lepaskan kerana menghormati jalinan kerjasama ini, yang penting bagi kita jalinan kerjasama BN/GRS ini mampu menyumbangkan kemenangan besar bagi BN menerajui Putrajaya.

“Untuk itu ia menuntut pengorbanan dari semua pihak demi memastikan kestabilan politik dan kemakmuran negeri dan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Hadir sama pada sesi perjumpaan itu ialah Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin Pengarah Pilihanraya BN Sabah Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said ,Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Jainab Ahmad ,Ketua Pemuda Umno Sabah Datuk Abdul Aziz Julkarnain dan Ketua Puteri Umno Sabah Datuk Dr.Fadilah Sabri.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top