Pasar Malam Kim Fung dibuka semula Sabtu ini.

pasar-malam-kim-fung.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN : Pasar malam Kim Fung di sini akan dibuka semula pada Sabtu ini selepas ditutup pada minggu lalu akibat peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di daerah ini.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pasar Malam Kim Fung, David Ong Chin Qun berkata, dengan pembukaan semula pasar itu semua pengunjung dan peniaga diminta untuk sentiasa mematuhi SOP semasa berada di situ nanti.

“Kami telah mengatur semula SOP mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia supaya tidak berlakunya penularan wabak di pasar tersebut.

“Justeru, pengunjung dan peniaga tidak boleh mengabaikan pematuhan SOP yang telah dibuat oleh pihak AJK pasar,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Katanya, petugas pasar hanya membenarkan mereka yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 sahaja memasuki kawasan pasar berkenaan.

“Manakala, individu yang bergejala tidak benarkan memasuki kawasan pasar bagi mengelak jangkitan kepada pengunjung yang lain.

“Saya merayu kepada semua pihak supaya memberikan kerjasama bagi memastikan pasar Kim Fung selamat untuk dikunjungi,” katanya. – Asia Times


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top