Pasar Malam Kim Fung Dibuka Mulai Sabtu Ini

pasar-mlm-sandakan.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Pasar Malam Kim Fung, Batu 4 di sini akan dibuka semula bermula Sabtu ini (6 Mac), kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong Ket Kiun.

Menurutnya, pasar berkenaan akan mula beroperasi bermula jam 4 petang hingga 10 malam.

Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan telah memberi kebenaran untuk pasar malam di Sandakan beroperasi mulai 20 Februari lepas, namun Pasar Malam Kim Fung masih belum dibuka kepada orang ramai sebagai langkah berjaga-jaga.

Selepas perbincangan diadakan bersama pengerusi pasar malam selain mengambil kira keadaan semasa dan kebajikan para pengusaha gerai, Calvin berkata mereka mengambil keputusan untuk membuka semula pasar malam itu.

Beliau turut mengingatkan pengunjung dan pengusaha agar terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 5 Mac ini.

Jelasnya, semua lapisan masyarakat mempunyai peranan untuk sama-sama mencegah penularan wabak COVID-19 dan seterusnya mengurangkan jangkitan kes positif. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top