KOTA KINABALU: Pasar Besar dan Pasar Ikan di bandar raya ini akan ditutup buat sementara waktu pada Khamis ini (esok) untuk membolehkan kerja-kerja disinfeksi dilaksanakan.
Datuk Bandar Datuk Noorliza Awang Alip berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.
“Sila dimaklumkan bahawa dua pasar awam, iaitu Pasar Besar Kota Kinabalu dan Pasar Ikan Kota Kinabalu akan ditutup sementara pada 10 Februari (Khamis) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja disinfeksi.
“Pasar akan dibuka semula pada hari berikutnya, 11 Februari (Jumaat),” katanya.
Noorliza menggesa mereka yang mempunyai pertanyaan untuk menghubungi Talian Hotline Whatsapp DBKK 012-2220220.