Pas Tolak MN Kerana UMNO Tak Ikut Piagam – Hadi

tghh.jpg
Kongsi Bersama

LARUT: Pas menolak gagasan Muafakat Nasional (MN) kerana UMNO tidak mengikut piagam yang dipersetujui ketika kerjasama dua parti itu dibentuk

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan piagam MN, dua parti itu sedia menerima parti-parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, namun malangnya apabila sampai peringkat pelaksanaan, kepimpinan UMNO hanya mahu parti itu dan Pas dalam MN.

“Bermakna ini sudah lari daripada perjanjian, ini tak betul sedangkan kita berpegang pada perjanjian. UMNO mahu Pas dan parti mereka sahaja dalam MN.

“UMNO tak boleh mengarahkan Pas kerana Pas parti tersendiri. Nak suruh Pas dengan UMNO sahaja (dalam MN) tak boleh, sebab kita dah berjanji dengan parti-parti lain, kita sudah tetapkan tarikh nak berjumpa dengan Bersatu dan parti lain, bahkan nak terima Bersatu masuk MN.

“Pas terbuka tetapi malangnya dia (pimpinan UMNO) nak Pas dengan UMNO sahaja, jadi tak bolehlah, Pas tak boleh diarah, Pas parti tersendiri, Pas bukan di bawah BN (Barisan Nasional),” katanya.

 

Baca seterusnya di: Utusan Malaysia

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top