PAS Tetap Mementingkan Kesatuan Dan Perpaduan – Dr Aliakbar

Aliakbar.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah sentiasa mementingkan kesatuan dan perpaduan untuk jangka panjang.

Setiausaha PAS Sabah Dr. Aliakbar Gulasan menyatakan perkara demikian ketika menjawab soalan salah seorang penonton dalam siaran langsung ‘Sembang Santai Satu Tahun Sebagai YB’ di sini semalam.

“Kadangkala orang politik perlu berkorban demi kesatuan dan perpaduan jangka masa panjang. Bayangkan jika PAS Sabah pula masuk bertanding dalam pilihan raya yang lepas, pasti pihak lawan kita akan tepuk tangan kerana dalam kalangan kita sendiri pun nampak perpecahan.

“Sebab itu dalam pilihan raya yang lepas, PAS Sabah mencipta sejarah dan tidak bertanding tetapi tetap membantu rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepanjang kempen pilihan raya tersebut,” jelas beliau.

“Kesan yang besar adalah keharmonian dan kerjasama jitu dalam GRS dan memberi keyakinan kepada rakyat dengan memilih GRS sebagai peneraju kerajaan Negeri Sabah,” jelasnya lagi.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lepas menyaksikan GRS menang sekali gus berjaya membentuk kerajaan.

Dr. Aliakbar mewakili PAS dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top