PAS Tawau Alu-alukan Pelantikan Aliakbar Sebagai AJK PAS Pusat

Aliakbar.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kawasan Tawau menyambut baik pelantikan Dr Aliakbar Gulasan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat bagi sesi 2021-2023.

Terdahulu, Aliakbar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik merangkap Setiausaha Perhubungan PAS Sabah telah dilantik sebagai AJK Pusat pada Muktamar PAS baru-baru ini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Mohamad Husain berkata pelantikan Aliakbar sangat bertepatan kerana beliau telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap parti khasnya di negeri Sabah.

“Saya bersama AJK PAS Kawasan Tawau menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Aliakbar kerana dipilih sebagai AJK PAS Pusat.

“Kami berharap beliau dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik serta menjadi contoh kepada ahli PAS yang lain,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Menurutnya, dengan pelantikan itu dihararapkan dapat memberikan lonjakan kepada pencapaian PAS Sabah khasnya dan PAS seluruh Malaysia amnya.

Mohamad berkata PAS Kawasan Tawau akan sentiasa memberikan komitmen bagi membantu usaha dan tindakan yang bakal dilakukan oleh Aliakbar bersama AJK PAS Pusat.

“Sudah tiba masanya semua AJK dan ahli PAS Tawau ‘walk the talk’ seperti seruan Datuk Seri Setiausaha Agung PAS dalam ucapannya pada muktamar baru-baru ini.

“Kita akan sedaya upaya melaksanakan semua aktiviti, program dan arahan pihak atasan supaya PAS Sabah terus mencapai kecemerlangan,” katanya.

Katanya, setiap tugasan yang diberikan perlu dilaksanakan dengan sebaiknya dan semua AJK dan ahli PAS Tawau perlu menilai komitmen yang telah diberikan selama ini.

“Saya berharap perhatian kita terhadap parti akan lebih baik dan menonjol supaya setiap rencana kerja dapat dilaksanakan pada tahap yang memuaskan,” katanya. – Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top