PAS Tak Sertai Pembentukan Kerajaan Baharu Perak

takiyuddin.jpg
Kongsi Bersama

PAS tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan baru di Perak, kata setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, keputusan itu selaras dengan tindakan tiga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang menyokong usul percaya terhadap Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

“Maka selaras dengan keputusan tersebut, PAS Pusat telah membuat ketetapan untuk tidakmenyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu,” kata Takiyuddin

Dalam kenyataan ringkas sebentar tadi, Takiyuddin berkata PAS akan terus berperanan “sebagaimana biasa” dalam masyarakat di peringkat Negeri mahupun nasional.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top