Pas Sokong Sabah Ada Sistem Panggilan Kecemasan Sendiri

sahar-PAS.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Aizal Samsaruddin

SANDAKAN: Sudah tiba  masanya Sabah mempunyai Sistem Panggilan Kecemasan sendiri bagi memastikan keselamatan masyarakat awam lebih terjamin, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid (gambar).

“Saya sangat bersetuju jika pusat panggilan kecemasan ini diwujudkan di Sabah bagi mengurangkan birokrasi panggilan kecemasan dari warga sabah yang mana ketika ini terpaksa melalui Pusat Panggilan MERS999 di Kuala Lumpur, Melaka atau Kucing sebelum disambung ke unit keselamatan dan agensi berkaitan di negeri ini,” katanya.

Sahar berkata demikian ketika diminta mengulas isu berkenaan yang sedang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak termasuk ahli politik dan orang ramai.

Ini berikutan apabila berlakunya insiden kemalangan di Kelombong yang membawa kematian seorang pembuat roti, Lew Kok Fai, 54 yang dikaitkan dengan kelambatan pasukan perubatan hospital sampai di lokasi kejadian baru-baru ini.

Katanya, semua pihak harus mengambil pengajaran daripada insiden ini dan perlu bersatu hati untuk memastikan Sabah memiliki Sistem Panggilan Kecemasan sendiri agar tindakan pantas dan proaktif daripada agensi keselamatan berkaitan dapat memastikan nyawa rakyat diselamatkan.

Menurutnya sudah sampai masanya Sabah memiliki Sistem Panggilan kecemasan sendiri agar supaya tindakan pantas dan proaktif daripada agensi berkaitan bagi memastikan nyawa rakyat dapat diselamatkan.

“Semua pihak juga tidak harus membakulkan kesilapan kepada agensi di Sabah yang mungkin disebabkan maslaah teknikal ketika berkomunikasi sehingga kelewatan bantuan kecemasan.

“Saya yakin pasukan kecemasan kita telah melakukan yang terbaik demi keselamatan nyawa orang ramai,” ujarnya.

Oleh itu katanya Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia perlu memastikan sistem rangkain telekomunikasi di seluruh Sabah dapat dibangunkan segera.

Menurutnya masih banyak lokasi di Sabah yang tidak mendapat liputan internet atau rangkaian telekomunikasi yang baik.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top