SEPANGGAR: PAS Kawasan Sepanggar telah menganjurkan kursus Tahsin Solat bertempat di Surau Al Hidayah, Kg. Naalap Kampung, Manggatal, di sini semalam.
Kursus tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan mualaf kampung berkenaan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Ceramah Tahsin Solat, Praktikal Wuduk dan Solat serta Tahsin Surah al-Fatihah.
Menurut Yang Dipertua PAS Sepanggar, Dr. Aliakbar Gulasan, solat bukan pilihan tetapi kewajipan kita sebagai umat Islam.
“Tetaplah mendirikan solat walaupun belum sempurna hafalan bacaan solat kita.
“Perbaiki solat kita secara berperingkat sehingga sempurna dengan merujuk ustaz, ustazah, fasilitator dan membuat carian di Youtube tatacara solat oleh para asatizah kita,” kata beliau dalam ucapan perasmian penutupan.
Turut hadir dalam kursus tersebut Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepanggar (DMPKS) Ummu Ahnaf Abu, Naib Ketua DMPKS, Ummu Azzam Abdul Kadir dan Ketua Penerangan DMPKS, Nur Iman Mansur.
Salah seorang peserta Program Tahsin Solat, Jusiah Jahimin menyatakan rasa gembira dapat menyertai program tersebut kerana memberi pengalaman berharga kepada beliau.
Jusiah juga berharap, program itu terus dilaksanakan di surau Kampung Naalap agar penduduk kampung dapat belajar melaksanakan ibadah solat dengan lebih sempurna.