PAS Sandakan Sumbangkan Plywood Untuk Baiki Kerosakan Masjid Akibat Air Pasang Besar

IMG-20211216-WA0005.jpg
Kongsi Bersama

 

Oleh: Faizah Arbain

SANDAKAN: Fenomena air pasang yang berlaku beberapa hari lepas menyebabkan lantai Masjid Mangkalinau, di sini, menjadi kembang dan rosak.

Kerosakan tersebut turut membimbangkan penduduk yang datang menunaikan solat di masjid terbabit.

Bagaimanapun masalah tersebut mendapat perhatian segera PAS Sandakan apabila menyumbangkan beberapa keping plywood untuk membaiki lantai masjid tersebut.

Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid berkata, plywood tersebut boleh dimanfaatkan jemaah yang datang bersolat tanpa perlu rasa bimbang lagi.

“Paling penting penduduk dapat menggunakan semula masjid untuk solat berjemaah tanpa risau keadaan lantai yang rosak,” katanya ketika ditemui semasa menyampaikan sumbangan plywood kepada ahli jawatankuasa masjid terbabit, hari ini.

Hadir sama Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain.

Sahar juga berkata, PAS Sandakan memberi bantuan sekadar kemampuan untuk membantu penduduk Kampung Mangkalinau menunaikan solat dengan lebih sempurna.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Mangkalinau Muhammad merakam ucapan terima kasih atas keprihatinan PAS Sandakan.

“Sumbangan yang diberi PAS Sandakan sangat bermakna buat kami bagi membolehkan masjid diimarahkan semula selepas air pasang besar,” ujarnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top