PAS Sandakan Sumbang Peralatan Kepada KAFA Kampung Melayu

Pas-Sandakan-1.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Aizal Samsaruddin

SANDAKAN: PAS Sandakan telah memberikan sumbangan berupa keperluan peralatan persekolahan untuk Institusi KAFA Kampung Melayu, Sim-sim dekat sini kelmarin.

Sumbangan itu berupa 15 buah meja belajar dan sebuah papan putih serta wang tunai telah diterima oleh Pengerusi KAFA, Wahap Linggang bagi keperluan institusi itu.

Pada majlis ringkas itu Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid menekankan tentang pentingnya institusi pendidikan Islam seperti KAFA, tadika Islam, madrasah, pondok dan lain-lain dibangunkan dengan bersistem agar mampu memberi khidmat terbaik kepada ummah.

“Membangunkan institusi ini sangat penting kerana ia bukan sahaja melahirkan asatizah yang hebat malahan juga mampu memberikan khidmat terbaik kepada ummah suatu masa nanti,” katanya dalam ucapan ringkas itu.

“Kami dari PAS Sandakan juga akan sentiasa berkomitmen untuk menjadi jambatan antara orang awam dan kerajaan agar hasrat mulia membangunkan pendidikan ummah seumpama ini tercapat,” tambahnya lagi.

Hadir sama Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain, Ketua Muslimat PAS Sandakan, Ummu Syifa Tasman serta Naib Ketua Muslimat PAS Sandakan, Rosmah Rahman.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top