PAS Sandakan Seru Orang Ramai Sertai Program Vaksinasi

Pas-Sandakan.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Aizal Samsaruddin

SANDAKAN: PAS Kawasan Sandakan menyeru orang ramai menyertai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebagai usaha mencapai imuniti kelompok di daerah ini.

Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid menyebut perkara itu dalam misi agihan bantuan kecemasan kepada golongan yang terkesan susulan pandemik Covid-19 di beberapa lokasi dalam daerah Sandakan semalam.

“Saya menyeru orang ramai untuk menyertai program vaksinasi ini bagi mencegah penularan penyakit covid-19 dan PAS akan tampil dengan kerjasama pejabat kesihatan daerah untuk membantu pendaftaran orang ramai,” kata Sahar.

Beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sandakan berkata PCIK sangat penting diperkasakan di daerah ini agar Sandakan mencapai 40% tahap vaksinasi sekali gus membantu kerajaan negeri melangkah ke fasa ke- 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah itu juga mengajak orang ramai untuk menyumbang bagi menjayakan Tabung Bencana Covid-19 yang dikelolakan oleh PAS Sandakan bagi membantu mereka yang terkesan sepanjang pandemik tersebut.

“Orang ramai yang berhajat untuk menyumbang boleh salurkan derma tersebut ke akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan, 10043010001846,” jelasnya.

“Sepanjang PKP ini ramai orang terkesan, jadi kita menyeru dermawan yang ada rezeki berlebihan untuk menyumbang sedikit mengikut kemampuan bagi membantu mereka yang terjejas,” ujarnya lagi.

Hadir sama menjayakan misi tersebut ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain dan Ketua Pemuda PAS Sandakan, Ramlan Pandi serta beberapa petugas Lajnah Kebajikan PAS Sandakan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top