PAS Sandakan Adakan Lawatan Muhibah Untuk Tingkatkan Hubungan Antara Kaum

pas-Sandakan.jpg
Kongsi Bersama

Oleh FAIZAH ARBAIN

SANDAKAN: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina PAS Sandakan telah mengadakan lawatan muhibah ke dua tokong Cina bagi mengeratkan perpaduan antara kaum.

Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid berkata, program itu bertujuan meningkatkan keharmonian masyarakat berbilang kaum tanpa mengira agama dan fahaman politik.

Katanya, program terbabit secara tidak langsung memberi peluang kepada pimpinan PAS berkenalan mesra dengan penduduk berbilang bangsa khususnya kaum Tionghua di Sandakan.

“Kami melahirkan ucapan terima kasih atas kesudian pengerusi-pengerusi tokong terbabit menerima kunjungan dari PAS Sandakan,” katanya pada program tersebut baru-baru ini.

Rombongan dari PAS diraikan Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Akhlak Chee Siang Khor Dato’ Quek. Sahar turut menyampaikan buah tangan kepada pengurus tokong berkenaan.

Hadir sama Setiausaha PAS Sandakan Mustamam Mustain dan Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sandakan Isaac Wong.

Sahar juga berkata, program itu akan dijadikan agenda tahunan PAS Sandakan dalam usaha memperkasakan lagi keharmonian antara kaum di Sabah.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina juga PAS Sandakan turut menziarahi dan menyampaikan hamper kepada tiga ahli DHPP Sandakan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top