PAS Sabah Tidak Bertanding PRU15, Akan Bantu Calon-calon GRS-BN

Aliakbar.jpg

Dr Aliakbar

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: PAS Sabah tidak akan meletakkan calonnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan akan memberikan tumpuan membantu calon-calon GRS-BN.

Menurut Setiausahanya, Dr Aliakbar Gulasan keputusan itu dibuat hasil perbincangan dengan kepimpinan utama PAS Pusat dan dipersetujui dalam mesyuarat khas Perhubungan PAS Negeri Sabah malam ini.

“Antara ketetapan yang diambil dalam mesyuarat itu ialah PAS Sabah tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam PRU15 di negeri ini.

“Sehubungan itu semua ahli dan penyokong PAS diarahkan membantu serta mengundi calon-calon yang mewakili parti-parti GRS-BN Sabah sebagai tanda mendukung prinsip penyatuan nasional yang digagaskan oleh PAS,” kata beliau dalam satu kenyataan malam ini.

Aliakhbar juga menegaskan PAS akan menyelaras jenteranya bagi membantu secara menyeluruh di peringkat negeri dan kawasan-kawasan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top