PAS Sabah Serah Surat Ucapan Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Tun Sakaran

pas-sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Setiausaha PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan bersama Pesuruhjaya PAS negeri ini, Mohd Aminuddin Aling dan Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin menyerahkan surat rasmi ucapan takziah daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada keluarga Allahyarham Tun Sakaran Dandai.

Surat tersebut diserahkan kepada anak ketiga Allahyarham, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran sejurus selepas majlis bacaan surah Yasin dan tahlil di Makam Pahlawan, Kota Kinabalu semalam.

“Saya secara peribadi mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga semua kebaikan Allahyarham dikira sebagai amal soleh oleh Allah SWT,” kata Aliakbar.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top