PAS Sabah sedia hadapi PRN bila-bila masa

Pas-Sabah.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: PAS Sabah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Aliakbar Gulasan berkata, walaupun masih mempunyai tempoh dalam dua tahun lagi namun siapa tahu kemungkinan pilihan raya akan awalkan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh ahli jentera parti perlu menjaga hubungan dengan Allah dalam kesempatan mengambil keberkatan di bulan Rejab sekarang.

“Saya harap buat seluruh jentera dapat menganjurkan serta memperbanyakkan program yang melibatkan masyarakat sempena mengambil peluang pada bulan yang mulia ini.

“Setiap jentera perlu yakin dan hadam perjalanan gerak kerja yang dirancang selama ini,” katanya semasa Himpunan Jentera Pilihan raya PAS Zon Sandakan di Batu 8 di sini, kelmarin.

Menurutnya, perjalanan gerak kerja pilihan raya yang telah dirancang selama ini perlu difahami setiap jentera supaya benar menghasilkan konklusi yang teliti untuk memenangkan parti.

Selain itu, Dr Aliakbar juga turut mengingatkan kepada semua jentera agar sentiasa sabar dalam menghadapi sebarang ujian dan cabaran dalam parti. – HARAKAHDAILY

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top