PAS Sabah kaya jiwa dan semangat

Pas-Sabah.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad menyifatkan PAS Sabah mempunyai semangat yang tinggi dan kaya dengan jiwa perjuangan walaupun bilangan ahlinya tidak ramai berbanding PAS di Semenanjung.

Beliau yang telah hadir ke Konvensyen Sistem Pendidikan Integrasi Teras Islam Borneo di Dewan Budaya Pustaka, Kota Kinabalu bagi merasmikan program tersebut yang dihadiri oleh semua kepimpinan PAS Sabah.

“Tahniah PAS Sabah yang cuba membina rangkaian Pendidikan. Kepakaran yang dimiliki oleh ahli-ahli PAS dimanfaatkan untuk mencapai cita-cita murni ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut hadir di konvensyen tersebut, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Zulkifli Ismail dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr. Abdul Halim Tamuri.

Menurut Idris, PAS Sabah yang mengendalikan sebanyak 131 Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), lapan buah Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), tujuh buah Sekolah Rendah Islam (SRI), sekolah pondak dan madrasah adalah satu perjuangan yang hebat.

“Pendidikan yang dijalankan oleh PAS Sabah, bukanlah satu orientasi keuntungan tetapi ia lebih kepada tanggungjawab sosial masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga telah turut sama membentangkan kertas kerja di dalam konvensyen tersebut bersama pimpinan PAS yang menghadiri konvensyen tersebut. – HARAKAHDAILY

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top